52 Kad Untuk Bermain, Berbual dan Kembali Mendekat

Ingin berbual dengan pasangan, tetapi tak tahu hendak mula dengan soalan apa? Ambil satu kad dan biarkan perbualan bermula. Anda boleh memilih kad mengikut topik atau mencabutnya secara rawak.

E-book ini mengandungi 52 kad perbualan tentang kenangan bersama, memahami hati, penghargaan dan membina semula hubungan. Turut disertakan panduan ringkas untuk menggunakannya berdua.

Penting: Ini ialah produk digital yang menyediakan kandungan dan susun atur kad. Anda perlu mencetak dan memotong kad sendiri untuk menghasilkan dek kad fizikal. Tiada kad siap cetak akan dihantar.

Tentang e-book Ini

Satu Kad, Pelbagai Cerita

Kadang-kadang kita duduk bersebelahan, tetapi perbualan hanya berkisar tentang kerja, anak atau urusan rumah. Ada juga masa kita ingin bertanya sesuatu yang lebih bermakna, cuma tak tahu bagaimana hendak memulakannya.

Satu Kad, Pelbagai Cerita memberi pasangan satu titik mula yang mudah: pilih satu kad, baca soalannya dan beri ruang kepada satu sama lain untuk bercerita. Tak perlu mencari ayat yang sempurna.

Apa yang ada di dalamnya?

Anda akan mendapat 52 kad perbualan yang disusun dalam empat tema:

  • Kenangan Kita — mengingati saat dan pengalaman yang pernah dikongsi.

  • Memahami Hati — mengenali apa yang pasangan rasa dan perlukan.

  • Penghargaan — menyebut perkara baik yang mungkin selama ini jarang diluahkan.

  • Membina Semula — berbual tentang langkah kecil untuk kembali mendekat.

Setiap kad mengandungi satu soalan yang boleh dijadikan pembuka bicara. Turut disertakan panduan ringkas untuk menggunakan kad bersama pasangan.

Bagaimana hendak menggunakannya?

Anda boleh memilih kad mengikut topik yang ingin dibualkan, atau kocok dan cabut satu kad secara rawak. Baca soalannya, dengar jawapan pasangan sampai habis, kemudian bertukar giliran, sama ada kad yang sama atau kad lain. Satu kad sahaja sudah memadai untuk memulakan perbualan; tak perlu menghabiskan banyak kad sekaligus.

Untuk siapa?

Sesuai untuk pasangan yang kadang-kadang kehabisan idea untuk berbual, ingin meluangkan masa berdua dengan lebih bermakna, atau mahu mengenali semula hati dan cerita pasangan. Kad ini juga boleh digunakan sekadar untuk menikmati perbualan yang santai bersama.

Maklumat penting tentang produk

Ini ialah produk digital, bukan satu set kad fizikal. E-book ini menyediakan kandungan dan susun atur kad. Untuk menghasilkan dek kad yang boleh dipegang dan dikocok, anda perlu mencetak fail tersebut dan memotong setiap kad sendiri. Kos mencetak tidak termasuk dalam pembelian. Tiada kad siap cetak akan dihantar.

SATU KAD, PELBAGAI CERITA